Loan kereta dah habis bayar .. nak buat apa ??? 🤔

Assalamualaikum to all my reader.. actually banyak benda nak share tp tak menyempat².. so i luangkan sedikit masa tulis sikit if ada yang sama situasi mcm faa..

Alhamdulillah..faa dah buat fullsettlement loan kereta & ia merupakan satu big achievement.now kereta dah tak berhutang lagi.. syukurrrrr... Now i only own my house loan je lagi.. hope cepat² laa habis ye.. aaminnn

So.. tak nak cerita panjang²..here the flow..

1. Check baki/balance loan melalui apps bank (loan bank) . Cth faa : loan kereta dari ambank , so install amonline atau pergi ke cawangan bank 😉

2. Buat pembayaran/payment melalui online atau kaunter(if pergi ke cawangan) . Masukkan amaun ngam² ye..

3. Call bank untuk settle up everything. Dia akan bantu/assist kite apa nak buat.

Maklumat tambahan : faa tak sure kalau semua bank sama ke tak tapi mcm ambank. Dia kata kite print our SIJIL PEMILIKAN tu boleh claim balik tp dengan syarat laa.. hanya perlukan original resit & our statement bank(utk masukkan duit claim tu) atau boleh ke bank cawangan untuk claim balik. Boleh la kan.. buat² minum kopi + update status kt sosial media. 

So korang .. itu sahaja perkongsian dr faa.. anything just drop the comment below. Faa baca tau! Heheeeee ok.. daaa & assalamualaikum.. 


Rawatan Radioiodine (RAI) - TIROID

Assalamualaikum buat pembaca. Alhamdulillah settle amik iodin harini setelah menunggu giliran setelah beberapa bulan tapi tetiba last minit melanggar pantang.  tetiba la 2 hari lagi tekak teringin nak makan udang celup tepung plus makan plak ikan rebus goreng. Dah masuk perut baru teringat. padahal dah hari ke3 berpantang. So terus whatsapp dokter cemana nak buat. tak ada nak buat apa la. injak tarikh lain. menangis ye takot kena injak jauh lagi . Alhamdulillah masih ada rezeki lagi :) Faa buat di HUSM Kubang Kerian , Kelantan.


PERKARA yang DILARANG KERAS SEBELUM RAI.

  1. TAK BOLEH SEAFOOD (termasuk keropok , budu dan yang berkaitan haiwan laut ) -  5 hari sebelum
  2. STOP CARBIMAZOLE - 3 hari sebelum
PERKARA yang perlu DILAKUKAN
  1. PUASA 4 atau 5 jam sebelum rawatan
  2. Kalau datang berteman ( seorang sahaja boleh ikot) - duduk belakang dan duduk bersilang dengan driver.
  3. Boleh start minum air masak selepas rawatan
  4. Start makan dan minum(air manis) selepas sejam rawatan
  5. Kuarantin seorang diri di dalam bilik berasingan
  6. Pakaian letak dalam bakul dan boleh basuh selepas habis tempoh kuarantin
  7. Sisa makanan buang setelah tempoh kuarantin tamat
  8. Tandas seeloknya tak berkongsi ( kalau takde toilet lain flush 3 kali dan bahan kumuhan tu kena bejaga la jangan terpecik sana sini )
  9. Tandas jauh dr bilik tak ada masalah tapi kena berjaga la air mata , hingus , bersin tu cover
  10. Minum air masak banyak banyak okeyhhh... 90% bahan keluar dari air kencing dan 10% lagi dari peluh , air liur dan lain-lain :)
  11. Boleh makan asam kalau rasa sakit tekak :)

So far dah 2 hari ni tiada simptom apa-apa dan hope Allah mudahkan urusan faa selama 8 hari dan lepas tu bebas :) 


Ini citer faa , apa-apa korang bole tanya sebelum start rawatan sebab ada sesi diberi info dan boleh lontarkan pertanyaan pada dokter yang handle korang tu.

Kalau bab makan memang 2 hari ni makan ayam je. senang sebab memang hantu ayam and sayur sawi. hahahahahaaa 

Thanks baca :) 
Moga kita sembuh dari penyakit ni.. Aaminnn :)